Thursday, August 30, 2012

tiba masanya~

assalamualaikum kawan kawan..

tiba masanya untuk diri ini berubah kearah lebih diberkati..
kekuatan dalaman sgt diperlukan untuk terus istiqamah dlm melakukan perubahan..
setiap yg kita lakukan mestilah bertepatan dengan niat hanya kerana Allah..
segala yg kita buat hanya kepada pencipta kita akan dibalas dgn ganjaran hebat yg lebih hebat dr ganjaran 'mega year-end sale' 'clearance stock' 'happy hour' dan sebagai nya yg sering kita lihat dibanner banner tepi jalan lekat kt tiang lampu dan stesen bas..
perubahan tidak kira secara drastik atau step by step still perubahan gk kan..
marilah kita sama sama cuba yg terbaik untuk jadi yg terbaik..

dari abu hurairah..
nabi muhammad (saw) mewasiatkan..
lakukan 3 perkara dalam hidup..berpuasa 3 hari tiap tiap bulan, solat witir tiap tiap malam sebelum tidur dan solat dhuha tiap tiap hari..

senangkan kan? marilah kita amalkan..
jom tgk macam mana nak solat dhuha..

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


*be the change that you wish to see in the world - Mahatma Gandhi

No comments:

Post a Comment